robotFB fanpage

HARI KE 5 DIET SANTAI BERSAM ALPHA LIPID SD2

HARI KE 5 DIET SANTAI BERSAMA ALPHA LIPID SD2

pejam celik pejam celik ari ni dah hari ke 5 aku diet santai,masuk hari ni dah 4 hari dah aku minum susu berasaskan soya ni,erm satu keadaan yang agak aku suka sebab aku tak lapar walaupun makan sekadar ayam seketul atau telur separuh masak sebutir...

kalau dulu aku mkn mcm ni mahu parkinson aku dibuatnya sebab tak cukup mkn al-maklumlah badan G
IANT punya saiz so mkn pun nak kena heavy baru ckp isi TANK nya,berat aku 130 kg, BERAT tak,ringan je kot pada orang yang sama saiz aku la tp pada si kurus akan berkata MASYAALLAH beratnya,ayat tu aku dah lali dah!dah tak heran pun,tapi bagus juga aku pernah merasa bersaiz besar ni mcm mana dan aku faham bukan mudah untuk hidup dlm saiz besar ni.

serba serbi kekurangan,nak cari kasut susah,nak cari baju susah,nak cari seluar dalam pun susah tau.fesyen jangan cite ar bapak susah nya,bak kata orang putih 'NO CHOICE' 'apa yang ada' suka tak suka itu je yang ada.....

so kali ni aku nekad nak turunkan berat badan,tak pe ar aku kuar modal sikit untuk beli susu,walaupun agak mahal tapi tak semahal tempat slimming diluar sana,aku suka minum susu ni salah satu sebab TANPA PERLU BERLAPAR dan susu ni sendiri pun dah lengkap dgn khasiat yang badan kita perlukan.

Diulangi semula :
BERAT badan aku 130kg
TINGGI aku 179cm,
SAIZ kasut 12,
pinggang 48,
baju saiz XXXXL....

nantikan perubahan ku dari masa ke semasa....
STAY TUNED ...PEACE NO WAR

HARI KE 3 diet santai bersama ALPHA LIPID SD2

HARI KE 3 diet santai bersama ALPHA LIPID SD2

Hari ini adalah hari ke 3 aku mengikuti diet santai alpha lipid dan hari ke 2 aku mula minum susu berasas kan kacang soya ni,buat pertama kali aku TABIK dengan susu ni coz aku tak perlu berlapar,kalau lapar wajib makan tu yang aku pelik tu,biasanya orang klu tengah diet kena kurangkan makan...betul tak

Tapi disebabkan ini juga la aku
 buat keputusan untuk turunkan berat aku,mak abah aku dah banyak kali nasihatkan aku supaya kecikkan sikit badan,bukan untuk hensem tapi untuk kesihatan.. sape tak nak sihat dan sape tak nak kurus,nak besarkan badan cukup mudah tapi nak kuruskan badan masyaallah dugaannya cukup hebat.

Masihku ingat dulu aku pernah cuba kuruskan badan,hari pertama aku ok lg walaupun nafsu mkn aku menggila bila tengok orang mkn ayam goreng depan aku,panas je aku tengok,dalam hati aku berkata 'tak de tempat lain ke nak makan depan aku juga nak makannya'.hari kedua aku tewas he he he,tak boleh tahan der sebab selera aku hebat,aku makan kuat tak dinafikan.orang cakap aku melantak ke apa ke ada aku kisah so lantak ahhh,dalam kepala otak aku dulu,dulu lah.'alah sakit aku bukan nya menyusahkan kau pun,sibuk hal aku kenapa' ( ramai yg pikir mcm ni ) tapi hakikatnya klu aku sakit dengan saiz badan mcm ni dah tentu aku akan susahkan orang nak angkat aku.

Aku pernah terfikir klu la aku pengsan tengan jalan sape nak angkat aku ? aku pernah tanya kengkawan aku,'klu aku pengsan korang tolong aku mcmmana?' jawapan diaorang cukup simple kitaorang GOLEK je la kau ke hospital,nak angkat mmg BOLEH PUTUS URAT KENTUT,ayat yang pendek tapi makan dalam der...

Aku NEKAD nak kecikkan badan ( kalau nak menCUBA-CUBA tak payah lah ) so kali ni aku dah jumpa yang sesuai dengan aku dan tak membebankan aku,aku tak perlu berlapar,aku tak perlu takut tak boleh makan ayam goreng,so dengan minum susu ni nak makan ayam goreng k,ikan k, daging k teruskan tak jadi masalah... i like...

Tak sabar aku nak minum lg pkl 10-00pg ni sedap dan kenyang,ingat anda KURUSKAN BADAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK HENSEM ATAU CANTIK TAPI PALING PENTING UNTUK SIHAT DAN BERGAYA,

PERANGI LEMAK ANDA,KEMBALI KEREMAJAAN KULIT ANDA,PULIHKAN TISU ANDA DENGAN AMALAN JANGKA PENDEK DAN SECARA SANTAI DENGAN SUSU ALPHA LIPID SD2.

Nantikan perUBAHANku setiap hari,berat aku semasa mula diet ni 130kg dengan ketinggian 179cm,cukup seminggu akan ku update berat badanku yang terbaru.

STAY TUNED

Hari ke 2 diet santai dengan Alpha Lipid SD2

HARI KE 2 BERSAMA ALPHA LIPID SD2

Morning semua,hari ni hari kedua aku diet santai bersama alpha lipid SD2,tanpa perlu berlapar,produk pertama yang aku cuba yang tak perlu berlapar,harap semua berjalan lancar,berat aku sekarang 130kg dengan ketinggian 179cm.

Besar tak badan aku,ada orang panggil aku BIGSHOW,KING KONG,GIANT,GAJAH,BADAK dan macam nama yang aku tak berapa suka,tapi apa kan daya mulut tempayan mampu ku tut
up tp mulut manusia...... susah der nak tutup. so apa aku buat lantak korang la... aku tak simpan pun dalam hati walaupun kekadang ada gurauan yang agak melukakan sedikit..

So apa targetku kali ni aku nak kecik kan sikit badanku yang besar ni,maksudnya KURUSKAN sikit je untuk menambahkan sikit kehensemannya he he he,sekarang ni tak hensem cuma COMEL je...

Nak tahu perkembangan ku dari hari ke hari,stay tuned..... doakan supaya semuanya berjalan lancar,sesapa yang nak mencuba alpha lipid sd2 siap dengan aturan boleh order ngan saya dan join saya untuk sama2 mencapai impian KURUS.......

PAGI - aku minum pukul 10-00 pagi

     aku minum 2 scoop seperti yang disarankan dan selepas minum aku makan ikan ngan carrot atau bahasa melayunya lobak je sebagai menu sarapan pagi aku,first aku risau juga takut shaking tak sampai tengahari,tapi apa yang ku sangka meleset sama sekali.aku tak rasa apa2 pun,lapar pun aku tak rasa tak payah makan pun tak pa kalau macam ni tapi cara diet alpha lipid ni lain sikit,dia tak benarkan kita lapar walaupun perut rasa kenyang,makan tetap kena makan cuma makanan yang nak dimakan tu kena tapis sikit la... yang best tak perlu berlapar.

PETANG - aku minum 2 scoop pukul 3-00ptg

     sama juga aku cuma makan ikan masak lemak dan sedikit telur goreng sebab aku perlu tambah protein dlm badan,al-maklumlah badan aku ni banyak lemak degil yang aku dah halau lama dah tapi tak lari juga,lari sikit aku jemput plak sedara lemak yang lain bila makan makanan yg banyak minyak so mcm mana lemak tu nak lari,aku asyik duk jemput sedara mara lemak masuk umah badan aku.

     SUDAH SAMPAI MASANYA AKU SINGKIRKAN LEMAK2 YANG TAK SEPATUTNYA DARI BADAN AKU,umur dah meningkat tua dah der,klu di abaikan dari skrg alamatnya kerap la nanti berulang ke rumah kedua yang tak payah beli sape-sape pun boleh singgah iaitu hospital.kawan2ku diluar yang senasib denganku marilah bersamaku untuk menyingkirkan lemak yang tak sepatutnya dan perbetulkan semula sistem badan sebelum parah atau 'mulfunction'.AWASSSSSS DENGAN LEMAK ANDA.....

MALAM - Aku minum 2 scoop lagi pukul 10-00mlm

     2 scoop lagi sebelum tidur,membantu pembakaran lemak dan pemulihan tisu serta membaiki keanjalan kulit supaya  kulit tidak menggelebeh selepas proses penyingkiran lemak dalam badan.....
lepas ni gebu la kulit aku ha ha ha.....




Vietnam Pun Aku Dah Sampai ( Tak caye 2x ) tp tu la kenyataan





































































welcome